Jika kita membaca buku2 atau tulisan2 di internet oleh penulis2 barat, kita perlu ingat mereka mungkin melihat dari sudut pengalaman mereka berhadapan dengan pandangan gereja dalam pemerintahan, dan jika dari penulis2 timur tengah maka mereka dipengaruhi oleh kediktatoran pemimpin yang menghalang suara rakyat. Ia umpama DSAI menentang Tun M dahulu. Namun seiring dengan masa perubahan2 berlaku. Kita perlu ambil pengajaran dari masa lalu namun mengambil pengalaman bangsa lain atau negara lain untuk dicedok dan diletak pada malaysia, bagi aku, ia sesuatu yang keterlaluan kerana kita yakin dengan islam.
Jika baca tulisan oleh Ali Eteraz (link, 2007) kita dapat lihat sifat pemerintahan di negara Arab dan bagaimana mereka bangkit membawa pilihan ketiga yang keluar dari teokrasi atau diktator. Dalam islam tiada istilah negara teokrasi dan tidak boleh diktator. Dalam islam tiada istilah manusia suci.
Britannica[dot]com mengertikan teokrasi sebagai:
"Theocracy, government by divine guidance or by officials who are regarded as divinely guided."
Jelas ada yang divinely guided. Tiada istilah divinely guided dalam islam ahli sunnah wal jamaah kecuali bagi para nabi dan rasul. Bahkan nabi dan rasul tidaklah semuanya menjadi pemimpin atau raja, contohnya nabi Zakaria dan Yahya. Mereka bukanlah pemimpin atau raja kaumnya. Oleh itu menjadikan teokrasi sebagai momokan itulah negara islam adalah keterlaluan. Sikap syiah adalah berbeza oleh kerana mereka ada konsep 12 imam.
Oleh itu tidak sewajarnya kita membawa naratif barat atau negara arab atau bahkan syiah dalam politik negara. Mengambil hikmah boleh tapi itu tugas alim ulama kerana mereka berkemampuan dari segi ilmu untuk menilai dengan panduan ilmu
No comments:
Post a Comment