Saturday, 16 March 2019

Pemikiran post-islamism

Aku memang peminat bab2 pemikiran ni, baik itu pemikiran barat atau islam. Tapi aku lebih tertarik terhadap pemikiran islam namun sebagaimana kita tahu, pemikiran ni saling mempengaruhi. Jadi ada pemikiran barat yang mempengaruhi pemikiran muslim dan sebaliknya. Pengaruh2 ini juga menarik untuk dibaca.

Dalam bab sekularisme, dua tokoh terkenal adalah Syed Muhammad Naquib al-Attas dengan karyanya (tesis) berjudul Islam and Secularism, dan seorang lagi adalah Dr Yusuf al-Qaradhawi yang menulis karyanya 10 tahun setelah Syed Muhammad Naquib al-Attas. Aku belum membaca keduanya namun poin2nya ada disebut dalam buku Ugi Suharto.

Selanjutnya mengenai pluralisme, hal ini banyak diwacanakan dan antara koleksi menarik artikel2 adalah koleksi artikel Khalif Muammar yang dibukukan. 

Itu dalam pemikiran barat dan PERTENTANGANnya dengan islam

Dalam hal politik lebih cenderung ada pengaruh barat sebagaimana adanya agenda muslim demokrat. Ia bukanlah suatu yang baru malah sudah lama hasil pergulatan antara kelompok muslim yang dikatakan konservatif dan ditekan oleh golongan sekular sehingga mewujudkan pertentangan yang seolah tidak berpenghujung namun akhirnya berpenghujung tatkala kelompok sekular semakin longgar tekanannya dan kelompok muslim pula mula menggunakan ruang demokrasi dengan lebih terbuka. Mereka menamakan fasa baru ini sebagai post-islamism. Jika dirujuk tulisan, contohnya tulisan dr Mujahid yang meletakkan dirinya sebagai muslim demokrat, dan tulisan Rashid Ghannouchi, pemimpin parti Ennahda iaitu parti pertama yang dikatakan membawa aliran muslim demokrat, mereka mengatakan muslim demokrat adalah golongan politik dengan nilai2 islam dan tidak lagi membawa agenda sivil seperti tarbiyah dan dakwah. Hal ini sepertinya mula keluar dari konsep gerakan islam bawaan Imam Hasan al-Banna yang menekankan kesyumulan islam mencakup politik dan dakwah. Jika dibaca, mereka banyak membawa nama2 seperti Asef Bayyat,  Syeikh Tahir ibn Asyur, Malik Bennabi, Oliver Roy. Menarik untuk diperdalam lebih lanjut mengenai post-islamism, muslim demokrat dan agenda2 mereka serta pengaruh mereka terhadap dunia Islam serta perbezaan mendasar mereka dengan golongan islamis dan political islam. 

Golongan islamis bolehlah disamakan dengan so-called tradisional sementara political islam adalah kelompok muslim yang membawa agenda islam melalui politik. Mereka tidak hanya mengguna ruang demokrasi (politik) tetapi menggunakan segala ruang yang boleh diguna dalam ruanglingkup undang2 baik itu gerakan sivil mahupun non-politik lainnya seperti kebajikan untuk membawa agenda islam. Perjuangan undang2 syariah juga tidak dihilangkan dari objektif utama mereka

Secara contoh, boleh nampak perbezaan muslim demokrat dengan islamis. Namun aku nak perdalam kefahaman mengenai dasar perbezaan mereka. Golongan muslim demokrat amat menekankan esensi dan nilai namun secara tak langsung seolah mereka melonggarkan syariat itu sendiri (dalam urusan muamalah dan politik pemerintahan, bukan private matter). Mereka membesarkan maqasid namun dari sudut pandang islamis ia bukanlah maqasid syariah sebaliknya maqasid aqliyah kerana mereka seolah melonggarkan atau meminggirkan syariah. Dengan kata lain, ia boleh juga dikatakan liberal versi politik. Pentafsiran semula mereka hanya dalam urusan politik dan perundangan negara. Konsep negara islam tidak dperjuangkan sebaliknya ditekankan konsep muwatinun atau warganegara.

Ini sekaligus menunjukkan mereka telah cuba asimilasi bawaan awal kepada bawaan baru yang lebih mengikut zaman iaitu meletakkan konsep kenegaraan berbanding konsep negara islam. Gerakan islam yang membawa naratif kenegaraan moden ini berbeza dengan naratif negara islam (negara islam tidak semestinya khilafah, namun negara yang didalamnya amalkan ciri2 pemerintahan islam). 

Baiklah, jika dilihat dalam konteks Malaysia, ini hal yang sukar sebab di negara Arab mereka banyak peperangan dan memang ditekan, sementara di Barat kuasa politik tiada pada umat islam. Ini berbeza dengan Malaysia atau Indonesia yang mana umat islam memegang kuasa politik dan tiada terorisme, ekstrimisme yang diangkat menjadi wacana negara. Keduanya negara yang sederhana maka menjadi persoalan bagaimana naratif muslim demokrat dapat mempengaruhi politisi muslim kita? Sebagaimana dijelaskan di awal, soal pemikiran ini ia saling mempengaruhi dan puncanya dapat kerana diskusi dll. Namun persoalannya adakah wajar wacana atau naratif ini di Malaysia yang mempunyai sejarah, latarbelakang pembentukan negara dan suasana sosial demografi yang berbeza dari negara Arab? YB Mujahid menggunakan alasan kepelbagaian ini untuk membawa naratif muslim demokrat yang akhirnya melahirkan kerjasama politik (gabungan) dengan bukan islam yang sifatnya lebih luas dan lebih fleksibel berbanding apa yang dibawa oleh parti lamanya (PAS). YB Mujahid dan Amanah membawa bentuk kerjasama lebih luas dengan kelompok non-muslim. Kelonggaran ini, mereka telahpun mengatakan bahwa muslim demokrat ada nilai islam namun tidak pada esensi sivil yang mana antaranya dakwah dan tarbiyah, jadi alasan longgar demi dakwah adalah aneh. Justeru mereka membawa agenda rahmah namun dari sudut pandang yang longgar. Rahmat yang merupakan suatu istilah dan harusnya dibawa dalam kerangka fiqh sebagaimana maqasid syariah, menjadi hanya suatu kalimah dengan maksud dari segi bahasa. Ini menjadikan ia suatu yang sangat subjektif dan kesubjektifan ini bahaya. Kelonggaran ini membuka ruang salahguna (dan salahfaham) yang mana dari sisi lain boleh dilihat sebagai melonggarkan lagi ikatan islam itu sendiri dari kehidupan berpolitik islami. Selain itu, sifat subjektif ini membuka ruang golongan relativisme untuk mencucuk jarum.

YB Mujahid sendiri mengakui cuba mengambil yang baik dari Barat seperti dari liberalism, pluralism yang kemudiannya disegarkan kembali maknanya dan dibawa dalam konteks yang sesuai dengan acuan Malaysia namun persoalannya sejauhmana kita boleh kompromi dengan nilai2 Barat? Kebebasan barat semakin ditekan-masuk ke dalam negara kita melalui berbagai jalan seperti NGO COmango, politik seperti DAP dan badan2 serta gerakan2 antarabangsa. Kebebasan ini, dalam neraca muslim demokrat, adalah dibenarkan oleh ruang demokrasi. Sedangkan golongan islamis menolak kerana demokrasi bukan pada banyaknya suara manusia tapi kebenaran itu sifatnya fix, tetap, bukan relatif. 

Sekian dahulu, hehehe

p/s gelaran dan penjabaran mengenai muslim demokrat menjadikan aku sukar menerima gaya politik Amanah kerana mereka membawa nama muslim demokrat dan progresif yang pada pandangan aku bukan satu keperluan untuk Malaysia

No comments: