Wednesday, 3 July 2019

Sejarah Penjajahan Portugis-Sepanyol-Belanda

Gerakan bermula dari semenanjung Iberia

Portugis mula mencari jalan baru ke Timur setelah Constantinople jatuh ke tangan Turki Uthmaniyah pada 1453.

Sepanyol mula memburu orang-orang Moor (islam) selepas gabungan Ratu Isabella dari Castille dan Raja Ferdinand dari Aregon berjaya menakluk semula Andalusia dari  Bani al-Ahmar pada 1492

Belanda asalnya berada bawah kekuasaan Raja Sepanyol namun mengumumkan tidak lagi setia kepada Raja Sepanyol Philip II pada 1581. Mereka melarikan diri dan bersama golongan pedagang membangunkan Amsterdam menggantikan pelabuhan entrepot Antwerp yang jatuh kepada Sepanyol dalam perang 80 tahun (akibat tidak lagi setia kepada raja Sepanyol). Pedagang2 tersebut adalah yahudi yang lari dari Sepanyol dan Portugal demi menyelamatkan diri dari kekejaman mahkamah Inkuisisi dan Raja Ferdinand dan Ratu Isabella setelah berjaya menakluk Sepanyol semula. Para pelarian dan pedagang mempunyai persamaan iaitu benci tirani Sepanyol dan Katolik dan cenderung kepada perniagaan.

Jika Portugis menjadikan Melaka pusat gerakan Katolik, maka Belanda menjadikan Indonesia pusat gerakan Protestan dan Yahudi menjadikan Belanda pusat gerakan Freemason dan Theosofi.

Sumber: Buku Gerakan Penjajahan dan Ant Penjajahan Tanah Melayu, tulisan Abdul Rahman Hj Abdullah

p/s yahudi dari sepanyol/iberia dinamakan sephardic jews
p/ss Belanda (the Dutch) tak setuju dengan Philip II atas sebab cukai (the tenth penny) dan religious persecution terhadap Protestan oleh mahkamah inkuisisi. Penentangan mereka diketuai oleh William I of Orange
p/sss Beberapa wilayah Dutch yang keluar dari Sepanyol membentuk the Dutch Republic

sumber p/s - wikipedia