Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Wednesday, 3 July 2019

Sejarah Penjajahan Portugis-Sepanyol-Belanda

Gerakan bermula dari semenanjung Iberia

Portugis mula mencari jalan baru ke Timur setelah Constantinople jatuh ke tangan Turki Uthmaniyah pada 1453.

Sepanyol mula memburu orang-orang Moor (islam) selepas gabungan Ratu Isabella dari Castille dan Raja Ferdinand dari Aregon berjaya menakluk semula Andalusia dari  Bani al-Ahmar pada 1492

Belanda asalnya berada bawah kekuasaan Raja Sepanyol namun mengumumkan tidak lagi setia kepada Raja Sepanyol Philip II pada 1581. Mereka melarikan diri dan bersama golongan pedagang membangunkan Amsterdam menggantikan pelabuhan entrepot Antwerp yang jatuh kepada Sepanyol dalam perang 80 tahun (akibat tidak lagi setia kepada raja Sepanyol). Pedagang2 tersebut adalah yahudi yang lari dari Sepanyol dan Portugal demi menyelamatkan diri dari kekejaman mahkamah Inkuisisi dan Raja Ferdinand dan Ratu Isabella setelah berjaya menakluk Sepanyol semula. Para pelarian dan pedagang mempunyai persamaan iaitu benci tirani Sepanyol dan Katolik dan cenderung kepada perniagaan.

Jika Portugis menjadikan Melaka pusat gerakan Katolik, maka Belanda menjadikan Indonesia pusat gerakan Protestan dan Yahudi menjadikan Belanda pusat gerakan Freemason dan Theosofi.

Sumber: Buku Gerakan Penjajahan dan Ant Penjajahan Tanah Melayu, tulisan Abdul Rahman Hj Abdullah

p/s yahudi dari sepanyol/iberia dinamakan sephardic jews
p/ss Belanda (the Dutch) tak setuju dengan Philip II atas sebab cukai (the tenth penny) dan religious persecution terhadap Protestan oleh mahkamah inkuisisi. Penentangan mereka diketuai oleh William I of Orange
p/sss Beberapa wilayah Dutch yang keluar dari Sepanyol membentuk the Dutch Republic

sumber p/s - wikipedia

Monday, 21 January 2019

Senarai Buku2

Bismillah

Ada beberapa buku yang aku pernah baca tapi dah lupa isi kandungannya tapi kisi2nya masih ingat sikit2 (membentuk pemikiran aku kini) antaranya:
1) Sejarah Pemikiran Politik Barat - A. Majdi
2) Amalan Bermazhab Perlu atau Tidak? - dr Maszlee Malik
3) Minhajul Abidin - Imam al-Ghazali
4) Bidayatul Hidayah - Imam al-Ghazali
5) Futuh al-Ghaib - Abdul Qadir al-Jailani
6) Talfiq Beramal dengan Pelbagai Mazhab - dr Maszlee Malik
7) Muhimmah - Abdullah ibnu AbdurRahim al-Fathoni

Ada beberapa buku yang next in line untuk dibaca antaranya
1) Kehidupan dalam Pandangan al-Quran - dr Ahzami Samiun Jazuli
2) Hikam - Ibnu Athaillah
3)

Buku "Israiliyat Moden" (1)

Bismillahirrahmanirrahim

Insyaallah beberapa posting ke depan adalah mengenai buku2 yang aku baca. Saat ini masih lagi membaca buku Israiliyat Moden (terjemahan) tulisan dr. Solah Abdul Fattah al-Khalidi tahun 1991 yang diterbitkan (Malaysia, 2012) oleh Jundi Resources. Dalam buku ini juga terdapat rujukan untuk bacaan lanjut

Buku ini terdiri dari 12 bab, dimulai dengan bab pertama mengenai hubungan israiliyat dan yahudi, diikuti bab kedua tentang yahudi dan keilmuan selanjutnya bab ketiga mengenai ciri-ciri ilmu yahudi.

Kemudian pada bab keempat dijelaskan mengenai zaman ini sebagai zaman kekuasaan yahudi (menerusi ilmu2 dan israiliyat mereka) dan pada bab kelima dan seterusnya dijelaskan mengenai apakah itu israiliyat moden (bab 5) dan contoh aplikasinya yaitu dalam bidang pemikiran (bab 6), individu (bab 7), ekonomi (bab 8), politik (bab 9), sosial (bab 10).

Akhir sekali pada bab 11 dan 12 menjelaskan mengenai propaganda israiliyat untuk menghancurkan islam (bab 11) dan konflik antara kita umat islam dengan yahudi (bab 12)

Israiliyat moden secara mudahnya segala yang bertolak belakang dengan Islam dan anti-agama, anti-tuhan, prpaganda jahat. Ia bukan dimonopoli yahudi tapi berakar dari yahudi dan penyebarannya tidak hanya oleh yahudi sebaliknya sesiapa sahaja baik secara sedar mahupun tidak. Yang sedar mereka adalah bodoh, yang tidak sedar mereka adalah golongan tertipu.