Friday 5 July 2019

the Dutch Republic

Bermula sebagai penentangan (perang 80 tahun iaitu 1568-1648) terhadap Philip II of Spain kerana tidak bersetuju dengan cukai baru dan religious persecution terhadap Protestan, the Seventeen Provinces kemudian membentuk Republic of the Seven United Netherlands atau the Dutch Republic. Peperangan 80 tahun tersebut dipimpin oleh William the Silent atau William of Orange.

Setelah peperangan awal, paderi Roman Katolik dikeluarkan dari daerah the Dutch Republic dan gereja-gereja mereka ditukar menjadi tempat ibadah Protestan. Calvinism diangkat sebagai agama utama sementara ajaran dan paderi Katolik dibenarkan diamalkan namun hirarki Katolik tidak adalah dilarang (hirarki: bishop, priest, deacon). Amsterdam kota yang bebas justeru berbagai agama hidup bersama seperti Katolik, Protestan dan Yahudi sefardik (yahudi dari Iberia@Sepanyol, Portugal), Huguenot dari Perancis, Lutheran (Jerman), Mennonites (gereja Anabaptist) dan Protestan dari seluruh Netherlands. Bagi Jews, Amsterdam adalah Jerusalem mereka di Barat (Jerusalem of the West). Pada separuh kedua abad ke-17, Yahudi dari Eropah Timur dan Tengah (Yahudi Ashkenazi) mulai memasuki (influx) Amsterdam kerana lari dari persekusi (kebangkitan Chmielnicki pada 1648-1657 dan Perang 30 tahun pada 1618-1648)

Setelah peperangan tersebut tamat dan mereka bebas dari Philip II dan Holy Roman Empire, mereka terus bersaing dengan Sepanyol di peringkat antarabangsa yaitu melalui perluasan koloni yang menjadi permulaan Dutch Colonial Empire



Perang 80 tahun bermula dengan ketidakpuasan hati terhadap pemerintah dan ketegangan agama kerana mereka embrace reformasi. Ketidakpuasan hati terjadi kerana mereka hilang favor Raja dan untuk itu mereka menuduh bahawa Raja dikelilingi penasihat2 jahat.

Philip II tidak seperti ayahnya Charles V yang lebih liberal. Philip II merupakan penentang tegar Protestan (Lutheran, Calvinist, Anabaptist).

1566 - Terjadi kekecohan di Netherland oleh kelompok Calvin dan Margaret (half sister Philip II) berunding dan gangguan/kekecohan surut.
1567 - Terjadi peperangan Oosterweel namun kelompok Calvinist pimpinan St.Aldegonde berjaya dikalahkan oleh tentera diraja dan Margaret hantar laporan kepada Philip II semuanya terkawal namun pada waktu itu Philip II telahpun menghantar tentera dipimpin oleh Duke of Alba. Duke of Alba ambil alih pemerintahan dan Margaret letak jawatan sebagai protes. Duke of Alba memperkenalkan Council of Troubles yang sangat keras terhadap gerakan kebangkitan menyebabkan ramai melarikan diri termasuklah William of Orange yang lari ke Dillenburg. Dillenburg menjadi pusat percaturan bagi pelarian untuk merampas kembali Netherlands. Orange terpaksa berundur kerana kekangan kewangan.

1571 - Philip II, yang saat itu juga sedang lancar misi peperangan dengan Turki Uthmaniyah, mengarahkan Alba untuk mendanai tenteranya dengan cukai dari Netherland. Namun Duke of Alba mengenakan cukai jualan yang berkuatkuasa pada 31 Julai 1571

1572 - Terjadi siri2 peperangan dan pengkhianatan (beralih dari sokong Alba kepada Orange). Pihak Orange mengambil kesempatan ini untuk meneruskan kemaraan (libatkan banyak kawasan dan kota). Namun kemaraan ini berjaya dipatahkan dan terhenti di kota Machelen. Namun di kota2 lain, penentangan masih berlaku.

1574 - Alba diganti oleh Requesen. Salah satu kota yang ditawan oleh Requesens melalui general Cristobal de Mondragon iaitu Zierikzee ditinggalkan oleh tentera kerana mereka tidak dibayar gaji selama 2 tahun.

1577 - Terjadi perjanjian keamanan (Pacification) Ghent, dan tentera Sepanyol berundur. Pada waktu ini regent telah diganti oleh Juan de Austria (dia lambat tiba untuk mempengaruhi atau buat sesuatu dalam perjanjian).

1578 - Keadaan kewangan Philip II membaik dan meneruskan peperangan namun dikalahkan kerana States General Netherland bekerjasama dengan Elizabeth of England.

1579 - Setelah kematian Austria, Duke of Parma ambil alih tugas. Pada waktu ini kota2 di Holland semua dikuasai pemberontak (kecuali Maastricht yang dikuasai lagi oleh Duke of Parma)

1579-1588 - Wilayah Protestan mengecil sementara diambil semula oleh Katolik walaupun awalnya ada perjanjian pemisahan. Namun pada waktu ini kerjasama antara Protestan di wilayah lain (seperti Perancis) semakin berkembang

1589 - Philip II menghantar tentera untuk membantu Katolik melawan Protestan di Perancis. Perancis waktu itu dipimpin oleh Henry IV. Di bawah Maurice and William Louis (dua orang majistret), tentera Protestan menjadi lebih tersusun dan berdisiplin.

Will continue later
Source: Eighty years War